Tuesday, July 17, 2012

Ho Hei... It's Futsal Time!

Salam Sejahtera

Last week, on Saturday (next day after Bukit Bauk & Chemerong), aku dan Taman Murni Perdana team ada futsal game kat Dungun. Aku pun tak ingat sejak bila aku mula berkecimpung dalam bidang futsal ni. Agaknya time uni dulu. Adalah sekali dua main, sekadar suka-suka...

Bila dah start employed, tak sangka makin menjadi-jadi pulak jodoh aku dengan futsal. Adalah beberapa kali join tournament. Pernah sekali wakil company... Erm, not bad jugaklah walaupun selalu jugaklah team aku kalah... Biasalah main bermusim... mana boleh nak kalahkan team yang tegar membuat latihan... ye dok?

Latest, aku join team Taman Murni Perdana... walaupun tak menang, tapi still rasa puas hati... 

Hola! Warming up!
Defense... Last man!
"Takpelah kalah, asalkan puas hati, ye dok?"
Taman Murni Perdana Futsal Team!
Photo shoot bersama team





Aku rasa bersukan ni memang essential untuk semua orang. Setiap orang haruslah ada satu sport yang dia suka... so, barulah kehidupan lebih sihat dan bermakna!

Truly Madly in Love,

Hafizah

Air Terjun Chemerong

Salam Sejahtera

On the same day aku naik Bukit Bauk dengan Mr. Fiance, petangnya pulak, after Solat Jumaat, aku, miss housemate and Mr. Fiance telah bergerak ke Air Terjun Chemerong pulak. Hari nampak macam nak hujan, tapi kitorang confident aja meneruskan perjalanan. Sesampainya kat Air Terjun Chemerong, perkara pertama aku buat adalah menuju ke toilet. Ala, toilet tak best sangat. Standard tandas awam yang tak dijaga rapi. Then, aku beli food kononnya untuk makan time "berkelah". Keadaan kat Chemerong not bad bagi pencinta alam semulajadi. Bak kata miss housemate, suasananya ala-ala scene dalam cerita Twillight (sambil membayangkan Jacob tetiba muncul dari tengah hutan). 

Signboard kat kawasan Air Terjun Chemerong
Subhanallah!
Indahnya ciptaan Yang Maha Indah
Jambatan Gantung pun ada... lembaga biru tu adalah miss housemate
Photo shoot yang tak jadi
Bella Swan

Pesanan aku, if uolls nak pergi ke tempat2 yg macam ni, jgn cakap sebarangan. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan kat kawasan tu tau. Till we meet again!

Truly Madly in Love

Hafizah


Bukit Bauk Episode 1

Salam Sejahtera

Last week, seawal jam 0715 hrs (15 minutes late!), aku & Mr. Fiance telah bergerak ke Bukit Bauk yang terletak kat Dungun. Perjalanan yang memakan masa 25 minutes dari Kerteh ni smooth aja. Biasalah, Kerteh time awal2 pagi memang sunyi time weekends. Setibanya kat Bukit Bauk, macam biasa, kitorang buat simple stretching sebelum memulakan pendakian... (pendakian ke?) Sepanjang "pendakian", aku banyak membebel aja... akhirnya terdiam juga sebab nafas tak cukup, almaklumlah, stamina aku ni suam-suam kuku aja...

Teman "pendakian" saya
Snap shot semasa "pendakian"
Snap shot semasa turun bukit
Pemandangan dari "puncak" Bukit Bauk



Perjalanan naik ke atas Bukit Bauk, dengan pace berjalan kaki kitorang adalah selama 45 minutes. Harap2, next "pendakian, duration makin singkatlah.

Truly Madly in Love,

Hafizah